Malam ni Syuk tiba-tiba terbuka video tentang 'Petanda-petanda yang Allah telah dan sedang tunjukkan menjelang hari kiamat' . Maka Syuk membuat pelbagai rujukan untuk mendapatkan kesahihan atas apa yang bakal Syuk tulis dalam post baru ini .. Semoga kita semua sentiasa mendapat Rahmat dan Berkah Allah S.W.T... Amin..
( Malay Entry )
Tidak boleh dinafikan lagi wahai Muslimin & Muslimat ..
- Gempa Bumi terlalu banyak, bagi tahun 2011 sahaja sudah 970 kali pada '11 April 2011' telah dicatatkan..
- Waktu berlalu terlalu cepat, sememangnya apa yang saya dan orang-orang sekeliling saya rasakan sekarang..
- Munculnya pelbagai Fitnah, memang banyak sekali, mungkin tak terhitung dek Jari Manusia.. Mungkin tidak lama lagi, fitnah Dajjal Al-Masih bakal muncul.. Nauzubillah minzalik..
- Banyak Terjadinya Pembunuhan, memang tak dapat dinafikan kalau kita semak kes pembunuhan didunia setiap hari, setiap bulan & setiap tahun sangat mendukacitakan dan mengerunkan.. Ini menunjukkan sifat Kemanusiaan Manusia yang makin luput..
Kiamat Bila Akan Berlaku ? Dalam Masa Yang Terdekat ? Lambat Lagi ? Wallahualam Bisawab..
.. 4 daripada 5 yang Nabi Muhammad Nyatakan Telah dan Sedang Berlaku ..
.. Namun, Banyak Lagi Tanda Kiamat Kecil & Besar Yang Telah Berlaku ..
.. Bersediakah Kita ? Cukupkah Amalan Kita ? Termasuk diri Saya Sendiri ? ..
Beristighfarlah, Mari Beristighfar ..
Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazm..
" Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa , Kami Memohon Ampun dan Taubat Terhadapmu Ya Rab , Kami Manusia Yang Lemah dan Kami Tidak Pernah Terlepas Dari Melakukan Dosa , Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Menerima Taubat . Ya Jabbar, Kau Lindungilah Kami Yakni Kaum Akhir Zaman ini dari Pelbagai Bencana Akhir Zaman, Azab Seksa Kubur & Nerakamu Ya Allah.. Jauhkanlah Juga Kami Dari Fitnah Dajjal Al-Masih dan Fitnah Manusia .. Ya Wahhab, Berikan Nur dan Hidayahmu kepada Kami.. Ya Mumit, Matikanlah Kami dalam Keadaan Kami Sedang Beriman.. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.. "
Semoga ini dapat membantu menyedarkan saudara-saudara yang seagama denganku dan agar pahala yang kita perolehi selepas berkongsi dengan rakan-rakan dapat menghapuskan dosa-dosa silam kita..
InsyaAllah.. Jazakallah..
[ Photograph by Myself, SyukPhotography ] - Gambar Pada Malam Nuzul Quran, Ramadhan Tahun Lepas..
No comments:
Post a Comment